Jim Thompson & Big Foot

On September 9, 2014 by cikgusejarah

 

Jim Thompson atau nama sebenarnya James Harrison Wilson Thompson adalah seorang saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika.Beliau memang terkenal di arena industri sutera Thai ketika tahun 50-an dan 60-an.

Kain suteranya menjadi popular sehingga pernah dijadikan kostum untuk filem The King and I.

Pada petang 26 Mac 1967 (1.30petang menurut laporan Mrs.Ling),saudagar sutera itu didapati hilang ketika bersiar-siar di halaman banglo penginapannya di Tanah Rata,Cameron Highlands,Malaysia.Kawan-kawannya seperti Dr. Ling cuba mencarinya sehingga pukul 6petang namun gagal.Mereka melaporkan kehilangan Jim Thompson kepada pihak berkuasa.

Pada 27 Mac,pasukan polis bersama 30 Orang Asli telah mencari di kawasan sekitar banglo,namun hampa.

Pada keesokkannya iaitu 27 Mac,sejumlah pasukan polis dengan kelengkapan lengkap seperti walkie-talkie dan senjata api melakukan pencarian besar-besaran.Sekali lagi,ia menemui kegagalan.

Berita kehilangan saudagar sutera Amerika itu tersebar dengan meluas di seluruh Tanah Rata dan Cameron Highlands pada ketika itu.Ramai orang persorangan dan kumpulan cuba mencarinya tambahan pula pihak syarikat Jim Thompson sendiri,Thai Silk Company telah menawarkan ganjaran bernilai USD$10,000 kepada yang berjaya menemui lelaki malang itu.

Sehingga ke hari ini,misteri kehilangan Jim Thompson masih belum terjawab.

Tragedi bersejarah ini ada tercatat dalam novel seram karya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud atau nama penanya Tamar Jalis dalam siri ke-20 bertajuk “Memburu Raja Pukau”

Menariknya,dalam novel itu ada diterangkan tentang pendapat datuk penulis yang mencadangkan kepada pasukan polis bahawa saudagar sutera itu telah diculik oleh sekumpulan ‘big foot’ yang datang ke pergunungan Pahang.Ini terbukti beberapa minggu sebelum itu,mereka telah menghalau haiwan unik itu dari mengganggu perkampungan Orang Asli di sekitar Tapah-Cameron Highlands.

Warisan saudagar sutera itu masih boleh dilihat di Thailand seperti Jim Thompson House.

Comments are closed.