Gerard Gardner,Wicca & Penunggu Keris

On September 11, 2014 by cikgusejarah

gardner1

 

Petikan dari surat Lonecryer:

Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933,terdapat beberapa makalah lain yang kita tidak ketahui,menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang telah pupus seperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s),Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba.

Apa yang dijumpai oleh beberapa individu British sama ada bertugas sebagai pegawai kerajaan,pengkaji,pengembara dan sebagainya,di mana hasil kajian mereka berselerak dalam jurnal-jurnal antarabangsa,menunjukkan hasil kajian yang sama diutarakan oleh Srikandi dalam blog riwayatmelayu.Sebelum penemuan di dalam jurnal oleh individu era kolonial didedahkan,Srikandi telah memberitahu kami tentang petunjuk-petunjuk di beberapa tempat mengenai kaitan tamadun Melayu dengan Mesir Purba,dengan Phoenicia,dengan Ibrani (Bani Israel,Yahudi Kuno) serta kaum-kaum peribumi Amerika seperti Maya,Inca dan Aztek.Penemuan di tapak arkeologi Oc-eo di Vietnam tentang syiling-syiling Rom memang terkenal,namun penemuan manik-manik era Hittite di Johor kurang diketahui dan ini amat mengejutkan sama seperti penemuan teknologi peleburan besi di Kedah oleh pengkaji USM.

Buat pengetahuan anda,kaum Hittites adalah sezaman dengan Assyria,Babilon (era Namrud juga termasuk di dalamnya),Kerajaan Israel Raya dan Judah (era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s).Bagaimana barangan era 1000-800 sebelum Masehi boleh dijumpai di Johor Lama?

Srikandi:
Jika orang Melayu telah berurusan dengan manik-manik dari Cyprus,maka memang betul para pedagang Greek atau Phoenicia telah tiba di sini beberapa ratus tahun Sebelum Masehi.Ini menepati plot dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu.Raja-raja Melayu berketurunan Greek sebelah ayah dan Melayu tempatan sebelah ibu.

Trivia,Gardner mendapat ‘hakikat’ ilmu sihir Wicca selepas mempelajari mistik di sebalik keris Melayu.

One Response to “Gerard Gardner,Wicca & Penunggu Keris”