AK-47 dan M16

On September 12, 2014 by cikgusejarah

vietcong

 

Saya baru sahaja menonton satu dokumentari sejarah di internet tentang dua rifel paling popular di dunia;AK-47 dan M16.

Saya bukanlah minat pasal senjata api (saya sebenarnya sedang mencari brand mekap Neolofa huhu),namun apabila dokumentari itu memaparkan video sekumpulan petani Vietnam Utara menembak askar-askar Amerika yang dilengkapi pelbagai kelengkapan senjata dengan hanya sepucuk AK-47,saya begitu tertarik kerana memang saya minat sejarah;tak kira dari sejarah peperangan hingga kepada sejarah muzik.

Paparan hitam putih itulah membuatkan saya kembali duduk di depan laptop seperti kena pukau.Sungguh klasik melihat seorang pemuda berpakaian ringkas sebagai pesawah memegang AK-47 mengacu kepada satu batalion askar Amerika yang lengkap memakai helmet,uniform tentera dan membawa bekalan peluru.

AK-47 ialah ringkasan kepada Avtomat Kalashnikova dengan keluaran tahun 1947,yang merupakan rekabentuk paling popular.Ia dicipta oleh Mikhail Kalashnikov.AK-47 mungkin antara barangan eksport paling berjaya Rusia selain vodka dan ‘suicide novelist’.

Jika anda perhatikan rekabentuk AK-47 menyerupai ‘assault rifle’ yang lebih awal buatan Nazi Jerman iaitu Sturmgewehr 44.

M16 pula dicipta oleh Eugene Stoner.Ia diubahsuai dari AR-15 dan mula beraksi di hutan selatan Vietnam pada tahun 1963.

Jika ‘Tommy Gun’ digemari oleh gengster-gengster Chicago ketika zaman Al-Capone,AK-47 adalah senjata yang dicintai oleh semua pejuang revolusi.

Dalam dokumentari itu,pakar mengatakan bahawa M16 adalah lebih tepat tembakannya dari AK-47.Siap ada dua orang penguji senjata menembak menggunakan kedua-dua rifel itu ke arah sasaran lebih 100 meter.Tembakan M16 lebih tepat mengenai sasaran-sasaran di jantung dan kepala,manakala AK-47 hanya satu sahaja mengenai bahagian bawah.Saya macam tak percaya sebab itu terlalu subjektif.Sebab banyak faktor yang menentukan ketepatan selain kemahiran yang menggunakan senjata itu.

Tetapi dalam dokumentari itu juga menyatakan perkara lain;memang M16 lebih tepat tembakannya dan kejuruteraannya lebih maju dari AK-47,namun dalam pertempuran sebenar,didapati menggunakan M16 semata-mata untuk membidik tepat adalah sia-sia sebab kebanyakan pertempuran dengan musuh adalah secara serang hendap dan serbuan.Ini terbukti dalam Perang Vietnam,ramai askar Amerika tewas di tangan tentera Vietcong dan ‘tentera petani’ kerana mereka selalu cuba bertempur secara dekat dengan askar Amerika.Pengendalian AK-47 yang mudah lebih lasak berbanding M16 membuatkan AK-47 mampu mencabar dalam pertempuran di Vietnam.

AK-47 lebih lasak kerana walaupun diselaputi pasir dan lumpur,ia masih boleh berfungsi dengan baik,berbanding M16 yang dilaporkan kerap tersangkut (jammed) akibat kotoran atau pasir.

Selepas itu saya berpeluang melihat adegan paling ‘lejen’ ketika Perang Soviet di Afghanistan.Seorang askar Mujahidin cuba menembak helikopter tempur Russia dengan hanya menggunakan AK-47.Helicopter itu dalam keadaan terumbang-ambing dan asap keluar dari sebelah sisinya.Memang class.

~CikguSejarah

Comments are closed.