Al Capone

On September 9, 2014 by cikgusejarah
al-capone
Al Capone terkenal sebagai seorang penjenayah atau ketua gengster di  Amerika dan menjadi simbol kepada runtuhnya undang-undang di Amerika Syarikat selama era 1920-an. Al Capone memiliki peranan utama dalam kegiatan haram yang beroperasi di sekitar Chicago.
 
Capone lahir pada  17 Januari 1899, di Brooklyn, New York. Dibaptiskan sebagai  Alfonsus Capone,” dia dibesarkan di lingkungan yang kasar dan merupakan anggota dari dua gengster budak-budak sekolah, the Brooklyn Rippers and the Forty Thieves Juniors. Meskipun dia adalah seorang yang pintar, Capone telah berhenti dari sekolah pada usia empat belas tahun. Antara penipuan dia ialah menyamar sebagai seorang kerani di sebuah kedai gula-gula, menyamar sebagai ‘pinboy’ di pusat bowling, dan pekerja di kedai buku. Dia menjadi sebahagian dari  geng Five Points yang terkenal  di Manhattan dan bekerja di  Brooklyn Dive Bar milik Frankie Yale (ketua gangster terkenal di Chicago) di Harvard Inn, sebagai tukang pukul (bouncer) dan bartender. Ketika bekerja di penginapan, Capone menerima bekas luka wajah yang terkenal dengan julukan  Scarface”.Pada tahun 1918, Capone bertemu dengan seorang gadis Ireland bernama Maria Mae” Coughlin ketika menyertai tarian. Pada 4 Desember 1918, Mae melahirkan anak lelaki mereka, Albert Sonny” Francis. Capone dan Mae berkahwin pada tahun itu pada 30 Disember.

Comments are closed.