Pan Seri Man

On September 9, 2014 by cikgusejarah

champa22

 

Ada sebuah keluarga Melayu yang berpengaruh di sekitar Kelantan-Terengganu kira-kira abad ke-2 Masehi ketika era Three Kingdoms di China.Keluarga ini telah menubuhkan kerajaan yang disebut dalam rekod era 6 Dinasti seperti Liang dan Qi.Kerajaan ini ditulis sebagai Pan-Pan.

‘Pan’ adalah nama panggilan kepada keturunan atau kerabat sesuatu keluarga,di mana pangkal nama begini amat popular di Kelantan dan Melayu Segenting Kra.Ia adalah seperti pangkal nama Nik,Tuan,Wan dan sebagainya.Pangkal nama yang lain yang pernah digunakan oleh keluarga Melayu ialah Po dan Nai,masing-masing dari warisan Champa dan Sri Dharmaraja.

Tidak hairanlah mengapa rekod kerajaan-kerajaan utara dan selatan di China pada zaman purba menamakan negeri Melayu di Kelantan ini sebagai Pan-Pan kerana ramainya orang yang memakai ‘title’ ini dipangkal nama.

Pada awal abad ke-3,seorang panglima dari negeri ini tiba di kerajaan Funan untuk mengadu nasib sebagai ketua jeneral tentera.Namanya Seri Man atau Panglima Che Man (dalam rekod Champa dan Dai-Viet) dimana dalam rekod China disebut Fan Man atau Fan Shih Man.

Trivia,gelaran ‘Fan’ (Pan) juga dipakai oleh raja-raja Champa terawal.

Pan Seri Man hidup sekitar 205-225 Masehi.Selepas menewaskan semua panglima Mon-Khmer dan Melayu di dalam satu pertandingan,beliau telah diangkat sebagai jeneral tentera Empayar Funan,di bawah raja Pan-Pan.Ini adalah misteri,mengapa rekod China juga menyebut raja ketika itu sebagai Pan-Pan,menunjukkan kaitan dinasti ketika itu (ditulis sebagai P’an) dengan keluarga Melayu dari Kelantan tadi..Kemudian dalam rekod Mon,mengatakan bahawa raja Pan-Pan lebih berminat kepada soal agama dan menyerahkan pemerintahan kepada jeneral tenteranya.Ini juga sesuatu yang boleh dipersoalkan,jika benar bahawa raja Pan-Pan adalah juga keturunan yang sama dengan panglima dari Kelantan itu apabila terlalu memberi kepercayaan kepadanya.

Semasa pemerintahan raja ini,beliau telah meluaskan empayar Funan dari sempadan Burma (Burma selatan) sehingga ke Champa.Dari utara yang mencapai Laos sekarang hingga ke selatan,emperor baru ini menyerang 10 kerajaan,3 kerajaan darinya dikenalpasti terletak di semenanjung Malaysia pada hari ini (Segenting Kra ke utara semenanjung)

Salasilah:

-Fan Shih-Man
-Fan Chin-Seng
-Fan-Chan
-Fan-Ch’ang
-Fan Hsun
-selepas Fan Hsun ada dua raja memerintah dalam rekod China,namun tidak disebut nama.
-Chu Cantan

(Nama-nama raja ini ditemui dalam rekod-rekod imperial China seawal era Tiga Kerajaan(Three Kingdoms),kerajaan Wu,dan Dinasti Liang)

Menariknya ketika dasar perluasan kuasa ke Champa,ada sebuah prasasti di Don-duong,Vietnam yang menyebut bahawa raja ini adalah ‘Sri Man Sridharmaraja’.Rekod Khmer menyebutkan Sridharmaraja adalah Malayu dan apa jua nama-nama raja-raja di Indochina yang diletakkan ‘title’ Sri Dharmaraja maka ia ada kaitan dengan keluarga Melayu Sri Dharmaraja yang telah wujud sejak abad pertama Masehi di Ligor (Nakhon Si Tammarat,Thailand sekarang).

Pan-Pan sezaman dengan Chih-Tu,satu kerajaan purba yang popular dan seorang pedagang India bernama Buddhagupta telah menyebutkan nama kerajaan ini dalam batu bersurat yang diukirnya yang kini dipamerkan di Muzium Negara,Malaysia.Chih-Tu ada kaitan dengan sejarah Chiang Mai,Funan dan emperor-emperor terawal Srivijaya.

One Response to “Pan Seri Man”