Asoka & Perang Kalinga

On September 9, 2014 by cikgusejarah

640px-Chakravatin

 

Asoka,dengan gelaran Samraat (asal perkataan Khmer ‘samdach’) adalah emperor Maurya yang terkenal dalam sejarah Empayar Maurya.

Empayar Maurya terbentuk setelah kejatuhan Dinasti Nanda dan kemerosotan ‘satrap’ Hellenistik bekas naungan tentera Alexander The Great.Satrap ialah istilah yang digunakan bagi negeri-negeri bawahan Greek,Parsi atau Media (Madyan).Chandragupta Maurya,pengasas Empayar Maurya telah mengalahkan Seleucus I Nicator,bekas panglima tentera Alexander yang memerintah Empayar Seleucid di barat daya India.

Asoka telah menakluk India hampir seperti yang kita lihat hari ini.Beliau telah menakluk Khurasan,Sistan dan Balochistan yang terletak di Afghanistan hari ini sehingga ke timur Iran melalui pergunungan Hindu Kush di Afghanistan,kawasan Bangladesh pada hari ini,Assam,utara Kerala,Andhra Pradesh dan menjadikan wilayah Tamil Nadu dan Sri Lanka pada hari ini sebagai negeri-negeri bawahannya (negeri pengufti).

Asoka dan raja-raja Maurya umumnya adalah dari bangsa Hindustan (Hindi).Bahasa yang dipakainya dalam kelompok bahasa-bahasa Indic iaitu bahasa Hindi Kuno,Sanskrit dan Prakrit.

Salah satu detik penting dalam sejarah Asoka ialah Perang Kalinga kerana dengan peperangan yang dasyat ini,Asoka telah merasa insaf dengan kemusnahan perang dan ini meruntun jiwanya.Sejak itu beliau telah mempelajari nasihat-nasihat agama dalam agama Buddha dan menjadi pengikut Buddha yang taat.

Dari segi strategik,Perang Kalinga telah menyebabkan negeri-negeri Dravidia tunduk kepada Empayar Maurya.

Peristiwa ini sangat besar dalam sejarah sehingga diketahui oleh para pedagang Melayu era pra-Srivijaya dengan merekodkan negeri-negeri selatan India yang menjadi ‘vassal state’ kepada Asoka sebagai ‘Benua Keling’.Benua Keling berasal dari perkataan Kalinga,yang terletak di Andhra Pradesh di India kini.

Comments are closed.