Sargon of Akkad

On September 9, 2014 by cikgusejarah

sargon

 

Ketika Sargon memerintah,empayarnya meliputi wilayah Lembah Furat,Iran dan Syria pada hari ini.Beliau telah menakluk negarakota-negarakota Sumeria dan menyatukannya ke dalam sebuah empayar besar.

Sargon membina kekuatan tentera yang besar dan ditakuti seluruh Mesopotamia (Iran dan Iraq sekarang).Karismanya menyamai Ashurbanipal dari kerajaan Assyria dan Nebuchadnezzar II dari bangsa Chaldea yang membumihanguskan Haikal Sulaiman (Solomon Temple) dari kerajaan Judah.

Akkad dan Kaldan (Chaldea) adalah bangsa-bangsa yang serumpun dengan Arab,Kanaan (Phoenicia) dan Yahudi (Ibrani) iaitu dari rumpun Semit.Ini samalah dengan orang Cham,Sunda,Bugis,Melayu,Dayak,Bajau,Jawa dan sebagainya dalam rumpun Nusantara/Austronesia.

Gelarannya ialah Sarru-Kin dan gelaran penuhnya ialah ‘Raja kepada Kish,Lagash,Umma,Uruk,Pemilik seluruh Sumer,Elam,Mari dan Yarmuti.

Comments are closed.