Rahsia The Knight Templar I

On September 10, 2014 by cikgusejarah

 

Sebelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh cendekiawan Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem

*Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman a.s hasil rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.
*Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.
*Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan ‘relics’ yang lain lantas menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.
*Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa a.s telah berkahwin dan meninggalkan zuriat.
*Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa a.s
*Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke Eropah.
*Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.

Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan sejarah gereja,’secret societies’ dan Knight Templar itu sendiri akan menemui keserasian dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-Chateau.

Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak ekstrem,kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam,pasti ada sumber sejarah,kalau pun sumber Kristian menafikannya,pasti ada sumber sejarah Islam mengesahkannya.Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang awam Islam,Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja.Jadi tentera-tentera Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka yang melampau.Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya,Knight Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam,hanya sedikit sahaja yang menerimanya.Dan perlu diingat,ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran Hittin,para Templar yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari balik ke Eropah selepas mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.

 

bersambung…

Comments are closed.