Sub Pop & ‘Grunge is Dead’

On September 9, 2014 by cikgusejarah

nickelback-nirvana

 

Grunge adalah sejenis stail muzik yang berasal dari gabungan garage rock,punk rock dan heavy metal yang diubahsuai. Trademark muzik mereka ialah permainan gitar yang energetik dengan sound yang kotor,vokal yang dinamik dan kadangkala diselang-seli dengan jeritan,serta imej pakaian bundle mereka.

Perkataan ‘grunge’ dikatakan muncul apabila Mark Arm,vokalis kepada band Green River pertama kali menggunakan istilah itu pada tahun 1981, ketika dia menulis sepucuk surat di bawah namanya Mark McLaughlin kepada zine yang berpangkalan di Seattle, Desperate Times,yang mengkritik bandnya,Mr. Epp and the Calculations sebagai “Pure grunge! Pure noise! Pure shit!”

Sub Pop (sebuah label muzik) menjadi peneraju kepada banyak band-band grunge,yang paling popular ialah Nirvana sendiri.

Grunge mula mendapat perhatian secara komersial pada separuh pertama tahun 1990-an, terutama apabila munculnya album Nirvana, Nevermind, album Pearl Jam (Ten),album Soundgarden (Badmotorfinger),album Alice in Chains (Dirt), dan album Stone Temple Pilots (Core). Kejayaan band-band grunge ini meningkatkan populariti rock alternatif dan membuatkan grunge menjadi bentuk muzik rock yang sangat popular ketika itu.Walaupun pengaruh muzik grunge telah menghilang pada akhir era 90-an,namun ia menjadi asas kepada kewujudan stail muzik modern rock.
 
Setelah kematian Kurt Cobain dari band Nirvana, pengaruh grunge mulai pudar dan perlahan-lahan keluar dari arus perdana dan kurang mendapat tempat di radio. Banyak band-band grunge telah berpecah atau dibubarkan dan mereka kembali bermain di gig-gig sekitar Seattle. Band-band lain banyak yang bertukar stail muzik seiring dengan perubahan minat pendengar pada waktu itu..Ada juga yang telah berpindah ke band yang lain,seperti Chris Cornell dari Soundgarden, yang bergabung band supergroup,Audioslave. Dave Grohl (pemain drum Nirvana) meneruskan karier muziknya melalui bandnya sendiri, Foo Fighters di samping bekerja sama dengan beberapa band lain seperti Queens of the Stone Age dan Nine Inch Nails.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>