Inskripsi Madirigiri (Medirigiriya),Sri Lanka
Ini adalah inskripsi yang diukir oleh raja Mahinda VI dari kerajaan Polonnaruwa di Sri Lanka sekitar abad ke ke-12 sebagai memperingati jasa seorang emperor Melayu Srivijaya yang membebaskan Sri Lanka dari pencerobohan tentera Chola.
Di dalam inskripsi ini tercatat:
“…digubal sebagai memperingati Maharaja Samara yang menghalau keluar Chola dari seluruh bumi Sri Lanka…Kampung Mehendibapiti,yang mana dimiliki oleh oleh Maharaja Samara,hendaklah diberikan kepada penyewa, ia hendaklah diingati bahawa pada masa ini, kita telah dibebaskan oleh
raja ini,ia harus diingati bahawasanya,kampung-kampung dan tanah kami telah dibebaskan oleh raja ini, ia juga hendaklah
diingati bahawa walau bagaimanapun banyak kampung yang dimiliki,berapa banyak rumah-rumah dan taman-taman yang dimilki,rumah-rumah dan taman-taman akan kekal tanpa pegawai dari istana menceroboh hak mereka dan merampasnya dari mereka.”
Nama emperor Srivijaya dalam inskripsi ini ialah Samaravijayatunggavarman.Baginda inilah yang mengarahkan raja Jawa membunuh Rajendra Chola menurut rekod Siam dan Khmer yang mengambil dari saksi-saksi di Sri Lanka.
Sebenarnya kematian Rajendra Chola juga tidak dijelaskan dengan terperinci dalam rekod-rekod Tamil seperti mana dua raja sebelum Kulotungga I.Ini memang menarik dan membenarkan catatan dari Sri Lanka dan Siam malah Kelantan bahawa Rajendra Chola dibunuh oleh salah seorang pemerintah Srivijaya.
You can never cross the ocean until you have the courage to lose sight of the shore. –Christopher Columbus