Artemisia I Dari Caria

On September 12, 2014 by cikgusejarah

artemis

 

 

Halicarnassus adalah sebuah negarakota Greek (Greece city-states) yang terkenal dengan makam besar (mausoleum) Mausolus yang tersenarai dalam Tujuh Benda Ajaib Dunia bersama-sama Piramid Giza.

Pada tahun 480 Sebelum Masehi dalam Pertempuran Artemisium,ada seorang wanita yang menjadi salah seorang komander tentera laut di sebelah pihak Xerxes I,pemerintah Empayar Achaemenid Parsi.

Beliau adalah Artemisia I dari wilayah Caria yang mana Hallicarnassus adalah salah satu kota di dalamnya.Ayahnya adalah raja Hallicarnassus.Selepas kematian suaminya,Artemisia naik sebagai pemerintah Hallicarnassus yang mana ketika itu di bawah pengaruh Parsi.

Artemisia menyertai Xerxes I dari Parsi menentang persekutuan negarakota-negarakota Greek seperti Athens,Sparta,Corinth,Arcadia dan lain-lain.

Terdapat dua pertempuran laut yang disertai Artemisia,Artemisium dan Salamis.

Artemisia dipandang sebagai wanita besi yang hebat dan licik.Kononnya dia banyak mempengaruhi Xerxes dalam membuat keputusan.Dalam pertempuran,taktik yang digunakan juga licik iaitu menyamar sebagai kapal-kapal Greek dan ‘menikam’ dari dalam.

Dalam Pertempuran Artemisium,kedua-dua pasukan pada awalnya tidak mencapai kemenangan mutlak,walaupun Parsi menghantar sejumlah kapal yang besar (kira-kira 1200 kapal perang) namun sebahagiannya terperangkap dan musnah dalam ribut dan ombak besar..Bakinya terus berperang dengan kapal-kapal Greek sehingga kemusnahan begitu seimbang di kedua-dua pihak namun oleh kerana Greek datang dengan jumlah kapal yang lebih kecil maka Greek lebih terpukul dengan kemusnahan itu.Greek lebih terpukul selepas mendapat khabar bahawa mereka tewas dalam Pertempuran Thermopylae iaitu pertempuran darat menentang balatentera Xerxes I yang lain.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berundur.

Dalam Pertempuran Salamis,kapal-kapal Parsi yang terlampau banyak menyebabkan ia sukar untuk diorganisasi ditambah pula terbunuhnya Ariabignes,komander sekaligus saudara kandung Xerxes sendiri menyebabkan tentera laut Parsi kucar-kacir.Banyak kapal Parsi yang musnah akibat dirempuh kapal-kapal Greek dan mereka berperang di atas kapal-kapal yang tertunda itu.

Artemisia turut menyertai pertempuran dengan mengetuai lima kapal perangnya sendiri dan juga tentera laut dari empat kota Greek yang tunduk dibawah Xerxes I iaitu Halicarnassus sendiri, Cos, Nisyros dan Calyndos.Kapal-kapalnya adalah antara yang terbaik dari segi reputasi.Herodotus,sejarahwan Greek menggambarkan Artemisia sebagai seorang yang bijak,berani dan berpengaruh dalam semua komander laut di bawah Xerxes.

Apabila melihat kedudukan semakin menyelebelahi Greek,Xerxes I yang menyaksikan pertempuran itu dari atas takhtanya di Gunung Egaleo mengarahkan baki kapal-kapal Parsi supaya berpatah balik.

Ketika kapal-kapal Artemisia juga berpatah balik menurut kapal-kapal Parsi yang lain.Ameinias,seorang kapten sebuah kapal Greek menyedari kehadiran Artemisia mula curiga dan cuba mengejarnya.Artemisia yang penuh muslihat,mengarahkan bendera Parsi diturunkan dan bendera mirip dari sebelah pihak Greek dinaikkan dan ini mengelirukan kapal Greek yang mengejarnya.Ketika tersepit di antara kapal-kapal Greek dan Parsi,Artemisia mengambil keputusan memusnahkan kapal sekutunya sendiri iaitu kapal-kapal Calyndos.Artemisia tidak mahu menghentam kapal-kapal Parsi kerana menyedari Xerxes memerhatikan dari jauh.Dengan ini kapal-kapal Greek menyangka kapal Artemisia adalah dari pihak mereka,manakala Xerxes pula menyangka Artemisia telah memusnahkan kapal-kapal musuh kerana kapal Calyndos memang mirip kapal Greek dan orang-orang Calyndos juga sememangnya sebangsa dengan orang Greek.

Artemisia pulang ke pangkuan Xerxes dengan membawa bersama mayat abang emperor Parsi itu,Ariabignes di hadapannya.Xerxes begitu terharu dengan pengorbanan dan kesungguhan wanita besi itu lantas menghadiahkan persalinan berupa baju besi Greek yang lengkap malah meminta nasihat darinya.Artemesia menasihatkan Xerxes supaya berehat dan membiarkan jeneral perangnya Mardonius meneruskan kempen perang ke tanah-tanah Greek.

One Response to “Artemisia I Dari Caria”