Think Tank
Untuk mengawal dunia,seringkali The Wise Man akan mengarahkan ejen-ejennya untuk mengumpulkan orang-orang yang bijak pandai di serata dunia dan mewujudkan perkumpulan tertentu kononnya untuk membincangkan masa depan dunia.Raja-raja,bangsawan,para pemimpin dunia,ahli perniagaan,saintis,jeneral tentera dan pemikir dipanggil untuk menyertai perjumpaan-perjumpaan yang diaturkan secara sulit.
Selamat Datang ke majlis Think Tank.
Ini adalah jigsclue #17 di bawah codename ‘Think Tank’
Perhatikan baik-baik.
-M.O
‘Think Tank’
“The world is governed by very different personages from what is imagined by those who are not behind the scenes.”
-Benjamin Disraeli of England (1844)
Sememangnya terdapat banyak cara yang digunakan oleh The Wise Man untuk mengawal dunia.Bagaimana mahu mengawal berbilion manusia dengan mudah?Salah satu caranya yang selalu berkesan ialah mengawal sebilangan dari mereka;mengawal orang-orang yang bijakpandai dari kalangan mereka.Sejak beratus-ratus tahun dahulu pertubuhan ‘front’ mereka seperti Freemason telah merekrut sebanyak mungkin cendekiawan dan orang-orang terkemuka di kalangan manusia untuk didoktrin kepada ritual-ritual aneh.Semua ini akan menyokong kepada agenda The Wise Man apabila mereka berada di ranking teratas.
Jika anda perasan,cara ini juga digunakan oleh entiti-entiti halus seperti yang dialami oleh Alice Bailey,H.P Blavatsky mahupun Aleister Crowley.Para syaitan akan menyerupai Master yang mengajarkan Wisdom (kebijaksanaan atau ajaran falsafah) kepada ahli-ahli Teosofi yang berpengaruh di kalangan para elit.Kawal mereka yang bijak dan berpengaruh dan anda akan kawal dan mempengaruhi lebih ramai manusia.
Di sinilah letaknya peranan ‘Think Tank’,organisasi-organisasi yang ditubuhkan sebagai tempat mereka yang berpengetahuan duduk berbincang atas sesuatu isu.Think Tank di sini bermaksud dalam konteks global dan bukan berkhidmat sekadar untuk sesuatu negara.Think Tank untuk The Wise Man mengumpulkan manusia dari pelbagai negara dan bangsa,bertemu untuk membincangkan isu-isu yang dirancang oleh ejen-ejen The Wise Man.
Sepertimana Club of Rome,Committee of 300,Council on Foreign Relation,The Bilderberg Group atau The Council of Nine,sekadar menamakan beberapa contoh,merupakan Think Tank yang dibina untuk mengumpulkan seberapa banyak bijakpandai supaya merekrut mereka secara halus bagi mendokong agenda The Wise Man.
Council on Foreign Relation (CFR) sebagai contoh ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intellijen serta ahli perniagaan.
The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil). Pertubuhan ini berfungsi untuk memimpin ahli-ahli politik dan para penasihat mereka, eksekutif-eksekutif media, bank, syarikat-syarikat multinasional, ahli-ahli akademik dan pemimpin tentera di mana mereka kerap mengadakan forum-forum perbincangan untuk menentukan halatuju politik dunia mengikut acuan mereka.
Club of Rome ditubuhkan pada tahun 1968 oleh The Morgenthau Group bertujuan untuk menyediakan tapak bagi pelan New World Order.Pertubuhan ini membangunkan pelan untuk membahagikan dunia kepada 10 wilayah atau 10 kerajaan.Club of Rome ini menggabungkan kerjasama antara tokoh-tokoh kewangan Anglo-Amerika dan para bangsawan Eropah dengan rancangan ekonomi yang berbahaya kepada dunia.
Antara tujuan asal The Wise Man adalah untuk mengurangkan populasi manusia.Ini adalah antara rancangan paling popular The Wise Man.Jadi secara halus,semua Think Tank ini bekerja untuk ‘membunuh’ manusia secara halus,iaitu dari segi pemakanan,ekonomi atau peperangan.Populasi yang optimum akan wujud dan populasi ini mesti di bawah kawalan langsung The Wise Man.
Depresi,kejatuhan ekonomi,kebuluran,peperangan,wabak dan 1001 masalah akan diwujudkan di meja-meja perbincangan.Adakah semua orang dalam pertemuan itu sedar semua bencana ini?Tidak…mereka akan berkerja pada lapisan pertama pelan yang dimomokkan dengan label-label kebajikan sosial,kemanusiaan atau keamanan.
Kemudian mereka akan dipengaruhi secara halus,selalunya melalui ‘mindcontrol’ tahap pertama,ugutan atau tawaran.
Ejen-ejen The Wise Man akan terus berkeliaran dan menubuhkan pelbagai kelab dan organisasi Think Tank.Orang-orang yang bijakpandai serta para pemimpin akan menyertainya dan ini dirancang sebagai satu trend.Tidak terkecuali para sultan atau ahli agama yang berpengaruh,para ejen The Wise Man akan cuba mempengaruhi manusia dengan cara ini.Memasuki kelab-kelab ini adalah suatu prestij dan menyokong segala agenda mereka adalah suatu kebanggaan di kalangan ‘goyyim’ yang menyertainya.
Jika anda adalah para pemimpin negara atau raja,atau para bangsawan atau ahli perniagaan terkemuka atau mungkin juga para cendekiawan yang tersohor..,anda mungkin dipertimbangkan untuk memasuki kelab-kelab berprestij ini.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS THINK TANK KAMI.