Prasasti Grahi,Thailand

On September 10, 2014 by cikgusejarah

Borom_That_Chaiya

 

Prasasti unik sebabnya ia ditemui di Thailand,namun ditulis dalam bahasa Khmer.Yang peliknya lagi ia bukan menceritakan tentang raja Siam atau Khmer,tetapi tentang raja Melayu!

Raja Melayu itu dikenalpasti oleh pakar sejarah Asia Tenggara sebagai raja pemerintah kerajaan Dharmasraya,sebuah hegemoni politik yang menguasai seluruh Sriwijaya selepas menakluk pusat pentadbiran terakhir Sriwijaya,menghalau sisa kuasa politik Chola dari Nusantara dan membuka kembali laluan perdagangan kapal-kapal dari seluruh dunia yang merentas Selat Melaka.

Kerajaan ini ada kaitan dengan penubuhan Majapahit,dengan sebahagian kerabat dirajanya adalah bangsawan dalam istana Majapahit.

Ini adalah isi yang terkandung dalam Prasasti Grahi:

… bahawa pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Telanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

Ulasan:

Gelaran ‘Kamraten’ adalah gelaran raja Khmer namun nama raja itu,Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa adalah nama raja Dharmasraya dari dinasti Mauli.Ini kerana ditemui gelaran akhir yang seakan sama iaitu ‘Maulibhusanawarmadewa’ pada nama raja Dharmasraya yang dipahat pada Prasasti Padang Roco di Sumatera.Nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco itu ialah Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa.

Bukti paling sahih tentang kerajaan Dharmasraya mewarisi takhta empayar Sriwijaya berserta bisnes perdagangan lautnya ialah dalam catatan pengembara China,Zhao Rugua ada menyebutkan wilayah empayar Dharmasraya ialah dari sebahagian Kemboja,Chaiya di selatan Thailand,semenanjung Tanah Melayu,Sumatera hingga ke Sunda.

Moral of the story,raja Melayu pada zaman dahulu pernah memerintah wilayah Kemboja,atau kawasan yang berpendudukan kaum-kaum Mon-Khmer.Prasasti raja Melayu dalam bahasa Khmer ini membuktikan perkara ini.Saya belum lagi memaparkan banyak lagi khazanah prasasti Angkor yang menyebutkan aktiviti raja-raja Melayu terutamanya Suryavarman I yang membina Preah Vihear itu.Sejarah Melayu memang mengasyikkan dan penuh misteri.

 

~Srikandi

Save

Save

One Response to “Prasasti Grahi,Thailand”