Rahsia Di Sebalik Patung Guan Yu
Masa saya kecil dulu,saya selalu terkejut bila melihat patung dewa yang wajahnya berwarna merah memegang tombak besar yang selalu diletakkan di belakang kedai Cina.Selalunya ada 3 patung dewa di situ dan semuanya nampak ganas;matanya terbeliak,janggutnya panjang dan memegang senjata tajam.
Masa ayah saya membeli barang misalnya,saya selalu terkedek-kedek merayau ke belakang dan selalu berjumpa dengan patung-patung itu.Kadang-kadang,bila saya terkejut saya menjerit “Ayah…ada hantu…hantu…”
Bila saya besar dan belajar di universiti,barulah saya tahu siapakah dia yang menjadi sembahan atau dewa yang saya lihat sewaktu kecil itu.
Patung dewa yang memegang tombak lebar itu adalah Guan Yu,jeneral kepada Liu Bei.Liu Bei ini pula adalah panglima perang sama seperti Cao-Cao yang terkenal dalam filem Red Cliff.Ini semua dari zaman Tiga Kerajaan yang popular dalam karya Romance of the Three Kingdoms.Pada masa itu panglima-panglima perang (warlords) adalah amat berkuasa dan membayangi kuasa raja-raja.
Liu Bei adalah panglima perang pada masa Dinasti Han Timur.Beliau pernah menubuhkan negeri Shu Han pada era Tiga Kerajaan tersebut.
Senjata Guan Yu adalah tombak bermata lebar atau dikenali sebagai ‘guan dao’.Kononnya,tombak itu diciptanya sendiri.Guan Yu pernah berkhidmat di bawah Cao-Cao namun tidak lama dan kembali ke pangkuan Liu Bei dalam Pertempuran Tebing Merah (Battle of Red Cliffs) menentang Cao-Cao.
Dalam The Lost Bladesman lakonan Donnie Yen,watak Guan Yu diambil dari kisah fiksyen dalam novel Romance of the Three Kingdoms yang menceritakan bagaimana Guan Yu mengamuk membunuh 6 jeneral perang.
Hari ini masyarakat Cina menyembah Guan Yu sebagai dewa perang;yang berasal dari kepercayaan Tao.Dalam agama Buddha versi Cina,Guan Yu dianggap sebagai ‘Sangharama Bodhisattva’ iaitu pelindung kepada ajaran Buddha.
I really interested in history especially malay and hidden histrory
The best