Bacalah Sejarah Seperti Sebuah ‘Pulp Manga’

On September 8, 2014 by cikgusejarah

manga2

 

 

Sesungguhnya apabila sesuatu yang menyeronokkan apabila disampaikan dalam cara yang kurang menarik,ia akan membuatkan penerima akan cepat merasa bosan. Sejarah,jika disampaikan dengan fakta-fakta kaku yang penuh dengan tarikh-tarikh dan kronologi-kronologi,akan membuatkan ia seperti membaca satu halaman yang penuh dengan rumus-rumus Matematik.

Apakah motif Richard Nixon melepaskan dollar Amerika dari sandaran kepada emas?Apakah maksud lambang swastika pada bendera Nazi?Mengapa Machu Picchu dibina di atas gunung?Berapa saiz bilik rahsia Montezuma yang dipenuhi emas dan harta kekayaannya?Siapa yang pertama dihukum di atas pentas guillotin semasa Revolusi Perancis?

Bayangkan apabila sejarah disampaikan dengan penuh dramatik seperti ‘bedtime tales’ atau cerita-ceriti hantu asrama,pasti ia memiliki hype dan trivia-nya sendiri. Ia akan menambahkan perasaan ingin tahu dan mencambahkan adrenalin-seolah-olah lagak para mosher di dalam gig-gig rock dan punk.

Perasaan ingin tahu itu adalah penting-dan ia kadangkala perlu diajarkan,supaya kita memiliki kuasa dan kunci kepada pengetahuan dan kebijaksanaan.

Jadi,jika anda ingin menghayati sejarah dan membacanya,bacalah seperti sebuah ‘pulp manga’.

 

 

 

Comments are closed.