Ramses II

On September 9, 2014 by cikgusejarah

ramses II20b

 

Ramses II atau Ramses Agung (Ramses The Great), penguasa ketiga Dinasti ke-19 Mesir pada era Kerajaan Baru. Sepanjang kehidupannya,dia dikenali sebagai seorang ayah,suami,raja,pembina dan juga seorang dewa yang memiliki pengikutnya yang tersendiri.

Selama masa pemerintahannya selama 67 tahun,semuanya dilakukan dalam skala besar. Tidak ada firaun lainnya membangun kuil atau patung kolosal dan obelisk yang begitu banyak. Juga,tidak ada firaun lainnya menjadi ayah kepada ramai anak. Kemenangan Ramses ke atas bangsa Hittite di Kadesh seringkali disebutkan di dalam teks-teks kuno Mesir. Ketika dia meninggal dunia di usia lebih 90 tahun,dia telah meninggalkan pelbagai simbol kemegahan pemerintahannya.

Ayah Ramses II adalah Seti (Sethos) I dan ibunya adalah Tuya. Tuya bukan salah satu dari isteri utama Seti, dan sebab itu itu Ramses II mungkin tidak diberikan latihan raja sejak usia awal. Namun, dia berfungsi sebagai pembantu bersama ayahnya,Seti I sebelum kematian firaun itu.

Comments are closed.