The History of Thy Beloved
Laman ini saya dedikasikan buat guru-guru sejarah dan para pelajar.
Laman ini saya hasilkan dengan objektif:
1) Menimbulkan minat kepada subjek sejarah
2) Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas
3) Menambahkan bahan-bahan sejarah sebagai rujukan di internet
Adalah penting untuk para guru membantu masyarakat supaya celik sejarah kerana terbukti dalam sejarah bahawa mereka yang memiliki pendidikan sejarah yang bagus adalah mereka yang berkarisma dan memiliki aura kepimpinan dan ketokohan yang hebat.
Jika anda membaca biografi tokoh-tokoh hebat seperti Winston Churchill,Abraham Lincoln,Mahatma Gandhi,Benjamin Franklin hatta diktator seperti Stalin,Hitler dan Mussolini…mereka adalah peminat sejarah dan fasih dalam sepak terajang sejarah dunia.
Faktanya,para pekerja seperti doktor,jurutera,saintis malahan ahli perniagaan sekalipun adalah mereka yang bekerja di bawah sekelompok manusia yang membaca sejarah. Semua ideologi seperti Liberalisme,Komunisme,Demokrasi,Sosialisme dan sebagainya adalah dicipta oleh sejarahwan-sejarahwan dan ini telah mengawal dan mempengaruhi jutaan manusia sejak sekian lama.
Sejarah adalah perkakas yang amat berkuasa untuk membentuk peribadi dan gaya pemikiran.
Secara positif,kita boleh menggunakan sejarah untuk membentuk generasi kita ke arah generasi yang cerdas dan tajam pemikirannya serta halus tindakannya. Subjek Sejarah akan membangunkan Kebijaksanaan (Wisdom) akan dan Pengetahuan (Knowledge) dalam diri seseorang.