Selamat Datang Ke The Historian Secret Society
Kita semua pada amnya pernah belajar sejarah,sama ada sejarah negara masing-masing atau sejarah dunia.Tidak kira sama ada kita minat atau tidak,sejarah sesungguhnya mempengaruhi kehidupan kita jika tidak secara besar-besaran,ia akan menyusup secara halus.Sebab itu sejarah diajar dan wajib diambil oleh setiap orang yang memasuki institusi persekolahan.SEjarah bukanlah diajar untuk sekadar mendengar cerita-ceriti sahaja,orang yang pandai menggunakan dan memanipulasikan sejarah adalah ‘Tuan’ di muka bumi ini,dan para bijak pandai,genius,saintis,jurutera,peguam,ahli muzik,pensyarah,buruh binaan,bangsawan,raja-raja,presiden,ahli perniagaan dan sebagainya,adalah orang-orang bawahan mereka.Ahli politik yang buta sejarah,tidak akan lama dalam kerjayanya.Adakah para saintis,teknokrat atau peguam itu hebat?Mereka hanya pakar dalam bidang mereka sahaja tetapi bekerja untuk orang-orang yang bijak dalam sejarah kemanusiaan.
Sejarah boleh dimanipulasikan untuk tujuan tertentu.Dengan ini,sejarah adalah alat yang amat berkesan untuk mengubah ‘mood’,sifat atau psikologi sekelompokmanusia.Orang yang pakar dalam sejarah adalah orang yang dapat membaca pergerakan sejarah masa hadapan.Mereka boleh MERAMAL masa hadapan bukan kerana mereka memiliki kuasa psikik yang hebat,tetapi mereka dapat meneka bentuk-bentuk sejarah yang akan berlaku BERDASARKAN SEJARAH MASA LAMPAU DAN SEKARANG.Sejarah umpama kod-kod yang tersusun,atau sekumpulan katakunci yang jika anda dapat menyahkodkan ia,masa depan adalah di tangan anda.Bagaimanakah sejarah amat berkuasa mengubah peradaban manusia?Ketika imperialisme,kita dapat lihat betapa mundurnya pemikiran orang yang dijajah.Mereka menganggap orang-orang Barat adalah sempurna dan hebat.Anda tahu antara penipuan sejarah paling hebat,yang memakan berjuta korban dan merugikan banyak harta benda?Ia adalah Perang Dunia I dan II.Berjuta orang mati hanya untuk melaksanakan rancangan sekelompok manusia.
Terdapat dua dimensi yang mengungkap sejarah dunia.Satu dimensi adalah mewakili sejarah dunia yang diketahui oleh manusia amnya,kerana tersebar melalui pelbagai cara seperti mulut ke mulut,buku-buku sejarah atau medium-medium lain.Ini adalah sejarah dunia yang memiliki ‘pop culture’ dan berjaya diketengahkan ke khalayak ‘mainstream’ (arus perdana) serta dipelajari di institusi-institusi pendidikan.Sejarah ‘mainstream’ ini boleh dibuktikan benar,kerana disokong oleh banyak kajian oleh sekian pakar-pakar sejarah dan bertepatan dengan realiti hari ini.Satu dimensi lain adalah sejarah ‘sebenar’.Sejarah yang melahirkan sejarah.Untuk lebih memudahkan,situasi ini dipanggil MAJOR & MINOR.
Minor adalah dimensi pertama,sejarah yang manusia berpendidikan harustahu.Ia dijadikan satu subjek dan diajar di sekolah-sekolah.SEjarah jenis ini adalah sejarah yang memiliki ‘pop culture’ sama ada kepada para ahli sejarah mahupun orang-orang kampung.Minor berjalan di dalam matrix kehidupan yang realiti,pada hari ini.
Major adalah sejarah tersembunyi.Ia tidak diajar di sekolah-sekolah.Ia tidak memiliki tahap popular seperti apa yang diceritakan di dalam buku-buku sejarah pada hari ini.Ramai yang tidak mengetahuinya.Jika mereka ada terbaca tentangnya sekalipun,mereka tidak akan mempedulikannya atau meremehkannya malah ada di antara mereka serta-merta inginkan bukti dan kajian profesor tentangnya walaupun sebelum ini mereka bukanlah berminat tentang sejarah dan hanya membaca majalah-majalah gosip dan hiburan.Ini adalah SEJARAHTERPINGGIR.Ia berada dalam dimensi lebih tinggi.Atau lebih tepat dalam matrix yang lebih tinggi,yang mengawal sejarah ‘pop culture’ tadi.
Bagaimana Sejarah Major mengawal Sejarah Minor?
Selamat Datang ke The Historian Secret Society.
~Srikandi