Yazdegerd III

On September 8, 2014 by cikgusejarah

220px-YazdegerdIIICoinCroppedHistoryofIran

 

 

Suatu ketika,seorang raja muda kepada empayar Sasanid yang terbentang dari Laut Merah sehingga ke Sogdiana sedang membaca isi surat Saad Bin Abi Waqqas r.a yang disampaikan oleh Nu’man bin Muqarrin sebagai utusan delegasi.

Tiba-tiba,emperor Parsi itu terus ketawa berdekah-dekah sambil menghina dan mengejek delegasi Muslimin tersebut. Isi surat itu,yang diarahkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a untuk menulisnya,berisikan ajakan kepada agama Islam.

Yazdakird (sebutan Parsi) adalah cucu kepada emperor agung Sasanid, Khosrau II.

Raja muda itu terus mengarahkan Rostam Farrokhzād,panglima yang terkenal dalam kisah-kisah kepahlawanan sama ada dalam cerita-cerita Parsi mahupun Islam sendiri untuk mengumpulkan tentera dan membendung kemaraan tentera Islam pimpinan Saad Bin Abi Waqqas.

Namun mereka kalah dalam Pertempuran Al-Qadisiyah dan Rostam terbunuh dalam pertempuran itu. Tentera Islam terus mara dan merancang untuk menawan ibukota Parsi ketika itu,Tisfun.

Yazdakird berundur ke Hulwan dan menyusun satu pasukan tentera yang dihantarnya ke Nihawand untuk menghalang tentera Islam menakluk Iraq. Peperangan terjadi di sana dan sekali lagi tentera Sasanid mengalami kekalahan teruk.

Yazdakird sekali lagi berundur ke Isfahan,Estakhr kemudian ke Kerman dan Sistan. Sistan kemudiannya ditakluk oleh tentera Islam. Raja muda yang kehilangan takhtanya itu melarikan diri ke Merv dan di sana dia dibunuh oleh seorang penguli tepung yang inginkan harta benda yang dibawanya. Namun ada pendapat yang mengatakan ia adalah rancangan Gabenor Merv yang memang membencinya kerana keangkuhan emperor yang hilang empayar itu.

Comments are closed.