Negeri Rajasima

On September 9, 2014 by cikgusejarah

rajasima

 

Ada seorang raja di sebuah negeri yang kini dalam Thailand. Beliau digelar Raja Sima. Pemerintahannya dalam era Srivijaya mula meneruskan kempen ke sebelah Sumatera dan Jawa.

Pada tahun 674 M,ada seorang ratu yang memerintah kerajaan Kalingga di tengah Jawa.

Menariknya dalam sekitar era yang sama,dijumpai sebuah prasasti yang menceritakan sebuah keluarga Melayu yang kemudiannya menjadi antara dinasti paling berpengaruh di Asia Tenggara.Prasasti ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Batu bersurat itu dinamakan Prasasti Sojomerto.

Ketika itu bangsa Thai belum menembusi Chiang Mai lagi.Orang Lao mula berhijrah ke wilayah Champa di Laos sekarang.Orang Mon masih berkuasa di negarakota masing-masing bersama-sama Malay city-states seperti Chih-Tu,Pan-pan,Tan-tan,Tambralinga dan lain-lain.

Ini era di mana anak-anak raja Kedah Tua merantau ke seluruh pelusuk Indochina.Mereka inilah yang disebut sebagai ‘Ketomala Dynasty’ dalam riwayat Khmer Purba.Semua ini terakam kemas di lipatan kenangan dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Ada yang sampai ke Pegu di Burma,ke Champassak di Laos dan ada yang mencapai Dvaravati dan Chiang Mai.

Kemudian diketahui bahawa Ratu Sima yang terkenal dalam petitih-petitih Sunda dan Jawa itu adalah moyang kepada Sanjaya iaitu masih kerabat dari Dapunta Sailendra,iaitu lelaki yang namanya disebut dalam Prasasti Sojomerto yang misteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>